"Anda Tercari-cari Training  Center, Bilik Latihan, Seminar,  Berkomputer Yang Selesa, Profesional,  Mudah Dikunjungi, Capaian Internet Percuma Serta Tiada Risiko Banjir Kilat?"

 



BERPULUH-PULUH
kenderaan tenggelam akibat banjir kilat di KL.


Kini Hilangkan Kegusaran Bakal Peserta Anda Tentang Banjir Kilat, Traffic Jam, Kesukaran Parking & Kemudahan Awam Yang Biasa Berlaku Di KL. Gandakan Kepuasan Training Anda Di JTC!

 

 

Daripada: Zaki Yusof

Tarikh:

Per: Berikan Ketenangan & Keselesaan Kursus & Seminar di JTC.

 

Salam sejahtera sahabatku,

 

Ingat... banjir kilat di sekitar ibukota Kuala Lumpur boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa diduga! Bayangkan ketakutan mereka ketika sedang menghadiri kursus anda.

 

Inilah akibatnya apabila hujan lebat turun di Kuala Lumpur... walau hanya beberapa jam sahaja!

 

RIBUAN warga kota terperangkap dalam banjir kilat selepas

hujan lebat hampir tiga jam.

 

 

Paparan video di atas Tiada Kaitan dengan politik.

Ianya Hanya Untuk Sumber Informasi Sahaja.

 

 

Bayangkan jika tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Tanpa disedari. Apabila keluar dari bangunan banjir kilat telah berlaku...

 

 

Video sebenar banjir kilat di Kuala Lumpur. Apa boleh buat?

Jika sedemikian keadaannya maka ia sudah terlewat!

Banjir kilat berlaku dengan tiba-tiba.

 

Anda telah pun melihat paparan video yang menakutkan di atas. Cuba anda bayangkan jika anda atau peserta anda yang terlibat dengan bencana ini?

 

Tentu kecewa dan amat mengerikan?

 

Namun yang lebih berat ialah bagaimana untuk anda berhadapan dengan para peserta anda?

 

Apakah yang harus anda katakan kepada mereka? Apakah anda harus meminta maaf?...adakah memadai dengan meminta maaf sahaja? Tentu anda rasa serba salah kan?

 

Atau anda katakan... jangan bimbang saya akan tanggung kos repair kerosakan kenderaan anda! Inilah risiko besar yang anda perlu fikirkan.

 

 

 

Usah Ambil Risiko! Ibukota KL Memang Biasa

Berlaku Bencana Seperti Ini!

 

 

Mungkin anda tidak akan berkata demikian kerana ianya di luar kawalan anda. Namun saya pasti peserta anda akan merasa serik untuk datang ke seminar atau kursus anda lagi.

 

Sudah semestinya anda mahukan pulangan yang lumayan terhadap kursus-kursus yang anda jalankan. Tetapi jika risiko paling menakutkan banjir kilat, kerosakan kenderaan dan sebagainya maka sudah tentu anda akan merasakan sebaliknya.

 

Ditambah pula dengan kesesakan jalanraya yang teruk, masa perjalanan yang panjang akibat kesesakan, anda pasti sukar untuk mencari peserta yang berminat datang ke kursus anda nanti.

 

Dan jika ianya benar-benar berlaku, ini adalah disebabkan anda telah tersalah memilih lokasi kursus yang tidak strategik dan berisiko tinggi.

 

Oleh itu anda perlulah berhati-hati!

 

Bagaimana dengan kualiti perkhidmatan mereka? Bagaimana dengan peralatan-peralatan kursus yang mereka berikan? Seperti komputer, projektor dan sebagainya. Apakah peralatan tersebut berfungsi dengan baik? Atau adakah peralatan tersebut seperti tidak dijaga dengan sempurna?

 

Saya akan kongsikan pengalaman saya ketika menggunakan perkhidmatan di beberapa buah training center sebelum ini.

 

Hakikatnya ia adalah pengalaman pahit yang membuatkan saya sudah serik menyewa mana-mana training center lagi.

 

Namun kini, anda tak perlu bimbang. Jika anda masih buntu mencari lokasi seminar atau latihan berkomputer yang lengkap dan selesa di sekitar Lembah Klang iaitu di sekitar Selangor atau Kuala Lumpur, saya ada berita baik untuk anda.

 

Di sinilah tempatnya yang sesuai untuk anda mengadakan sebarang seminar atau latihan komputer. Tempat yang selesa, serba baru, lengkap dengan kemudahan tersedia samada kemudahan awam atau peralatannya seperti komputer, talian Internet, projektor dan sebagainya.

 

Tambahan pula lokasinya yang strategik dan tiada risiko banjir kilat.  Harganya pula sangat berpatutan.

 

 

Pilihan Terbaik Untuk Lokasi Seminar Atau Kursus Anda. Kemudahan First Class, Bajet 3rd Class!

 

 
 

 

 

 

Terletak dipinggir KL (Kuala Lumpur) dan juga berhampiran Putrajaya. Bukan ditengah-tengah kota KL yang menyesakkan. Tiada risiko trafik jam yang teruk dan banjir kilat.


Kemudahan awam tersedia terus samada dari atau ke KL Sentral, Pasar Seni (Central Market) atau Puduraya. Mudah untuk sampai ke lokasi ini.


Terletak di lokasi yang strategik yang menghubungkan tiga stesen kemudahan awam iaitu STAR - LRT, Komuter, KLIA Transit, bas dan teksi awam ke destinasi tertentu di sekitar lembah Klang.


 

 

Kemudahan capaian Internet broadband UniFi tanpa had tersedia secara PERCUMA. Anda atau peserta anda boleh bawa notebook dan gunakan terus. WiFi ready!


Saya telah membuat kajian dikebanyakan hotel di Semenanjung. Mereka akan kenakan caj yang tinggi (sehingga RM80 /orang /hari) jika anda menggunakan capaian Internet. Jika difikirkan cajnya memang tak munasabah. Tapi di JTC free je!


 

Kemudahan setanding hotel. Ruang dalaman menarik. Peralatan seminar seperti baru kerana dijaga rapi. Komputer, peralatan bantuan mengajar, LCD projector, kerusi, meja dan sebagainya.


Kedudukan dan landmarknya mudah dicari dan dikenalpasti oleh peserta.


Ruangan parkirnya yang mudah dan percuma. Bukan parkir basement. Kenderaan anda selamat daripada risiko banjir kilat.


 

Ruang dalaman yang bersih, selesa dan luas.

 


Diurus sendiri. Oleh kerana training center ini milik sendiri (bukan perkongsian), maka ia dapat diurus dengan baik. Saya sendiri yang memantau segala kemudahan yang disediakan agar sentiasa berada dalam keadaan baik. Ini lebih meyakinkan saya supaya dapat menjaga kualiti perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

 


Sememangnya bukanlah sedikit kos membina training center seperti ini yang lengkap dengan kemudahan setanding dengan training center lain. Namun, terpanggilnya saya untuk membinanya adalah kerana saya amat kecewa dengan servis semua training center yang pernah saya gunakan sebelum ini.

 

Sebanyak 6 kali (bukan sekali) saya 'dikenakan' dengan perkhidmatan yang sangat tidak profesional yang diberikan oleh mereka. Ia sama sekali berbeza seperti apa yang dijanjikan kepada saya semasa perbincangan.

 

Sebenarnya, saya juga menjalankan beberapa kursus berkenaan ICT. Setiap kali kursus ia melibatkan penggunaan komputer yang banyak iaitu sekurang-kurangnya 20 unit komputer dan setiap komputer tersebut perlu ada capaian Internet yang laju iaitu sekurang-kurangnya 4MBps. Oleh itu saya hanya boleh menjalankan kursus di Training Center terpilih yang ada kemudahan-kemudahan tersebut sahaja.

 

Kalau nak buat di hotel tak bolehlah... lagipun hotel mana yang ada kemudahan komputer sebanyak itu tambahan pula capaian talian Internet di hotel perlu disewa mengikut jam untuk setiap peserta. Tak praktikal lah nak buat di hotel. Biasanya pula capaian di hotel susah boleh diharap... tersengguk-sengguk macam siput sedut! Bayar tetap bayar...!

 

Oleh yang demikian saya menyewa beberapa buah training center terpilih berdasarkan kepada keperluan dan kriteria yang saya tetapkan. Saya memang agak cerewet dalam membuat pemilihan kerana saya juga akan memikirkan dari segi lokasi, kemudahan peralatan, keadaan ruang dalaman, harga, makanan dan sebagainya. 

 

Saya sedang mengadakan kursus ICT di sebuah training center yang disewa suatu ketika dulu.



Namun, apa yang mengecewakan saya kualiti perkhidmatan mereka sangat tidak memuaskan saya. Banyak masalah yang timbul walaupun mereka janji semuanya akan okay! Oleh itu terpaksalah saya berpindah randah mencari training center lain bagi menjamin kualiti perkhidmatan untuk peserta-peserta saya memuaskan hati mereka.

 

Begini ceritanya...

 

(Cerita Ini Bukan Untuk Memburukkan Mana-Mana Pihak...)

 

Tetapi Sebagai Renungan Dan Iktibar.

Semoga Anda Tidak Mengalami Pengalaman

Seperti Saya Ini...

 

 

  • Janji buka pejabat jam 8.15pagi, namun hampir jam 9pagi baru buka. Akibatnya ramai peserta saya terpaksa menunggu di luar dan beranggapan saya tak menepati janji walaupun sebenarnya ia akibat kelewatan kakitangan training center yang tiada kena mengena dengan saya. Peserta pun dah lain macam pandang saya!

  • Bila saya hubungi mereka, "Cik X, dimana sekarang? Peserta-peserta saya dah tunggu ni", macam-macam pula alasan diberikan. Hantar anak lah, si anu yang pegang kunci lah, dan macam-macam... sepatutnya saya tak perlu dengar semua alasan tu!

  • Bayangkanlah pada waktu itu, masa untuk kursus dah terjejas. Apa tidaknya, sarapan pagi baru nak setting oleh katerer, pendaftaran pun ambil masa juga, re-check ICT equipment dan macam-macam kerja nak dibuat.

  • Pernah berlaku, kakitangan saya diherdik di hadapan peserta kursus saya kerana meminta untuk menggantikan PC yang rosak (tak boleh digunakan) oleh peserta saya. Ia sungguh memalukan dan saya sangat kasihan dengan kakitangan saya umpama kami menagih simpati kepada mereka. Walhal itu sudah menjadi tanggungjawab mereka.

  • Bilik komputer tidak diuruskan lagi. Terpaksalah saya sendiri dan pembantu saya yang menguruskannya hingga berpeluh-peluh dibuatnya mengangkat ke sana ke mari. Padahal peringatan sudah diberikan beberapa kali sebelum tarikh kursus.

  • Janji nak sediakan kakitangan teknikal kerana mungkin akan berlaku masalah teknikal ICT yang tak diduga. Tapi bila ada masalah, kakitangan teknikal tiada. Bercuti di rumah...Hairan saya dibuatnya!

  • Saat-saat akhir booking saya dibatalkan sesuka hati mereka (tanpa ada tolenrasi). Dimana saya nak cari tempat lain dengan masa yang terhad? Sedangkan semua peserta sudah dimaklumkan. Terpaksalah saya mencari training center yang baru dengan harapan tempat baru lebih baik lagi.

  • Malangnya... 2x5, 5x2 juga... masalah yang sama tetap berlaku. Servis mereka sangat mendukacitakan.

  • Walaupun perkara-perkara ini berlaku, kesemua mereka dengan mudahnya hanya cakap "Maaf encik Zaki" Itu saja! Sepatutnya... wajar kalau saya potong harga kos sewaan kerana servis yang tak memuaskan tu? Namun hakikatnya itu tidak berlaku. Terpaksalah juga saya membuat bayaran penuh juga.

  • Aaaaahhh... fed-up saya dibuatnya! Kini saya serik untuk menggunakan perkhidmatan mereka lagi.

 

 

Tak perlulah saya nyatakan nama-nama training centernya. Agak terkenal juga. Tetapi hakikatnya, perkhidmatan mereka umpama melepaskan batuk ditangga. Saya harap apa yang berlaku kepada saya ini tidak akan berlaku kepada anda juga.

 

Untuk itu, saya ingin memperkenalkan sebuah Training Center alternatif untuk anda!

 

JomTraining Center™ atau ringkasannya JTC adalah sebuah training center yang akan sentiasa memahami keperluan latihan (training), kursus atau seminar anda.

 

Ini kerana pengalaman saya di atas menjadi pedoman dan pengajaran demi memastikan keperluan anda sentiasa dipenuhi.

 

JTC ada 2 lokasi. Anda boleh memilih mana-mana lokasi JTC mengikut keperluan anda:

 

 

JomTraining Center 1 (JTC 1)

di Metro Center, Bandar Tasik Selatan, KL.

   

 

JomTraining Center 2 (JTC 2)

di 1 Puchong Business Park, Puchong, Selangor.

 

 

Kemudahan yang disediakan di sini InsyaAllah... dijamin adalah yang terbaik bagi keperluan sebuah training center.

 

Ianya serba baru dan diselenggara dengan rapi seperti kerusi, meja, alat bantuan mengajar, komputer dan lain-lain lagi. Ini akan menjamin keselesaan sepanjang kursus diadakan.

 

Tambahan pula lokasinya yang strategik yang mempunyai pelbagai pilihan kemudahan awam seperti dekat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang ada kemudahan LRT-STAR, Komuter, KLIA Transit, bas awam dan ekspress dan teksi akan memudahkan peserta datang ke lokasi JTC walaupun mereka datang dari mana-mana negeri pun! Begitu mudah dikunjungi.

 

Sudah pastinya JTC paling sesuai untuk anda mengadakan sebarang jenis kursus atau seminar mengikut keperluan anda.

 

Kemudahan dan kelengkapan yang disediakan:

 

 

 

Bilik latihan / seminar.

Bilik latihan berkomputer.

LCD Projector & screen, white board, flip chart, marker.

Cafe - tempat makan berhawa dingin.

Bilik solat lelaki & wanita berasingan.

Tandas lelaki & wanita berasingan.

Hotel berdekatan. Jalan kaki sahaja!

Kemudahan awam berdekatan.

Parking percuma.

Senang dikunjungi. Landmark yang mudah.

 

 

 

Daripada pengalaman yang saya ceritakan di atas, ianya akan menjadi iktibar kepada saya.

 

Saya akan pastikan perkara-perkara di atas (pengalaman saya) tidak berlaku kepada anda jika anda berada di training center saya ini. Saya tak mahu anda menerima nasib yang sama seperti saya.

 

Buktinya... apa kata mereka yang telah menggunakan JTC...

 

 

Apa Kata Pelanggan-Pelanggan JTC?

 

 

"Saya memang tercari-cari sebuah training centre yang dilengkapi dengan kemudahan komputer yang mempunyai akses internet yang baik, tempat yang selesa, lokasi yang mudah, dan semuanya ada di satu tingkat yang sama.

 

Tak sangka, bila terbaca dalam iklan di Internet terjumpalah Jom Training Center.

 

Pada mulanya agak cuak juga, takut indah khabar dari rupa tapi bila dah pergi dan tengok sendiri, memang betullah apa yang dikhabarkan.

 

Walaupun baru pertama kali menggunakan perkhidmatan di JTC saya dah terpikat. Memang puas hati  dan berbaloi!

 

Layanan dan kemudahannya memang saya boleh rekemen kepada anda yang memang tengah pening kepala mencari training centre yang berkomputer."

 

 

Mawardee

Internet Marketer Malaysia

Blog.Mawardee.com

 

 

 

 

"Saya kenal pemilik JTC kerana beliau kawan lama saya. Tak sangka beliau dah ada jenama JTC. Asalnya saya memang tak bercadang gunakan JTC. Saya lebih suka cari di tempat lain.

Tetapi harganya agak tinggi berbanding JTC. Akhirnya saya memilih JTC.

Walaupun baru pertama kali gunakan JTC, tapi saya sangat berpuashati. Servis yang diberikan memang tip top!

Internet line di sini pun best. Kursus saya 99% gunakan Internet. Memang lancar jer... takde masalah.

Semua peserta kursus saya suka training di sini. Akan datang saya pasti akan gunakan lagi."

 

 

Izhan Khalib

Director

www.AnjungCafeHosting.com

www.KursusInternet.com.my

 

 

 

 

"Saya telah beberapa kali mengadakan seminar di JTC.
Sebelum ini saya mengadakan di hotel terpilih tetapi setelah pertama kali menggunakan JTC saya terus terpikat dan menggunakannya buat kali yang seterusnya.

Memang terbukti JTC terkenal dengan perkhidmatan
terbaik dalam kemudahan latihan (training facilities).


Bagi yang belum menggunakannya, saya sangat syorkan anda mencubanya kerana segala yang disediakan adalah yang terbaik untuk anda.

Mereka sangat komited. Buktinya segala persiapan
bilik kursus, alat bantuan mengajar, komputer,
makanan dan lain-lain keperluan telah pun lengkap
mereka sediakan sebelum kursus anda bermula.

Saya suka JTC. Semoga JTC terus maju."


Shuth Network Sdn. Bhd.
www.WangCyber.com

www.SeminarEbook.com

 

 

 

 

"Beberapa tahun menjalankan training dengan hanya mencari kolej sebagai tempat training, bukan tidak ingin mencuba training centre yang lebih profesional tetapi masih belum berjumpa dengan tempat yang betul-betul rasa sesuai dan selesa.

Beberapa bulan lepas terjumpalah satu tempat training iaitu JTC sewaktu melayari Internet. Psstt.. itulah kelebihannya apabila menjalankan dan memperomosikan perniagaan secara online.

 

Ingin mencuba tetapi belum sampai serunya dan rezeki itu datang tanpa diduga apabila diundang sebagai trainer untuk menjalankan bengkel ICT di sana.

JTC Puchong ini satu lokasi yang agak strategik, parking pun banyak dan FOC. Tempat latihan bagi saya sangat sesuai, mungkin lain orang lain citarasanya tapi bagi saya jika seorang trainer itu seorang yang colourful, memang bagus tapi sangat baik jika suasana latihan itu tidak menyakitkan mata, contohnya penggunaan warna latar, wallpaper dan sebagainya dan saya andaikan semua orang inginkan seperti itu jadi saya sarankan anda memilih JTC sebagai tempat latihan.

 

Tidak percaya, tidak mengapa tapi datang sendiri dan lihat sendiri.

Memang ianya tidak setanding dengan tempat yang lebih besar dan high class tapi keluasaannya yang mampu menampung 20 - 30 peserta dalam satu-satu masa sangat sesuai berbanding dgn tempat yang sama luasnya tapi terlalu sakit mata memandang, biar simple tapi selesa dan biar tidak ramai tapi semua boleh memahami apa yang disampaikan.

 

Dari segi pengurusan, makanan yang disediakan memang sedap, tak tahu citarasa orang lain tapi ia cukup mengenyangkan dan membuatkan kita 2nd round.

 

Jika ada masalah teknikal ianya cepat disettelkan dan rasanya jika tuan empunya letakkan SLOGAN JTC di kaunter pertanyaan lagi sedap mata memandang cuma tak tahulah kalau saya terlepas pandang.


Next time jika ada peluang untuk menjalankan training sendiri, saya pasti memilihnya.

 

Terima kasih.."

 

 

Muhammad Suhaily

Speaker & Trainer Profesional

EffectivePresenter.Wordpress.com  

 

 

 

 

"Pada mulanya saya tidak bercadang menggunakan JTC kerana saya telah ada tempat lain untuk seminar saya.

 

Namun disebabkan masalah tertentu saya terpaksa memilih JTC.

 

Tak sangka setelah menggunakan JTC, saya terus terpikat dengannya kerana kemudahan yang disediakan di sini sangat-sangat memuaskan.

 

Bilik training selesa, kemudahan komputer serba baru dan semuanya berfungsi dengan baik.

 

Makanannya pula sedap. Semua peserta saya pula berpuas hati dengan kemudahan yang diberi.

 

Mereka kata tak rugi datang seminar Ammar di sini...untuk mencari JTC pun tidaklah susah.

 

Selepas ini saya pasti akan gunakan JTC lagi... "

 

 

Ammar Zahar
Pakar Affiliate

www.PerniagaanInternet.com

 

 

 

 

 

 

Nak Tahu Kenapa Mereka Memilih JTC?

(Isikan maklumat anda di bawah...)

 

 

 

 

 

Dimana Lokasi JomTraining Center?

 

 

JTC 1 terletak di Bandar Tasik Selatan, KL. manakala JTC 2 terletak di 1 Puchong Business Park di Puchong, Selangor. Anda boleh memilih mana-mana lokasi JTC bergantung kepada penilaian terhadap keperluan training / seminar anda.

 

Berikut adalah video panduan dan lokasi JTC 1 & JTC 2:

 


Lokasi JTC 1

 

 

JomTraining Center 1 (JTC 1)

Wisma DPI-INVERGOLD,
34-4, Jalan Tasik Selatan 3
(dahulunya Jalan 3/146),

Metro Business Center,
Bandar Tasik Selatan,
57000, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

 

 

Video Panduan ke JTC 1
 

  


<< Google Maps >>  |  << Peta Lokasi >>

 

<< Foto sebenar luaran dan dalaman JTC 1 >>
 

 

 


Lokasi JTC
2
Ibu pejabat JTC.

JomTraining Center 2 (JTC 2)

LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.

47-1 , Jalan OP 1/2,
1 Puchong Business Park,
47160 Puchong, Selangor, MALAYSIA.

 03-8075 0392, 016-2636 101, 019-2207 101

 


Video Panduan ke JTC 2

 


<<Google Maps>> | <<Peta lokasi>>

 

<<Foto sebenar luaran dan dalaman JTC 2>>

 

 

 

Kemudahan Lif Tersedia!

 

Bayangkan jika tiada lif? Belum pun kursus bermula peserta dah tercungap-cungap kerana  menaiki tangga. Mereka terpaksa mendaki tangga setinggi 3-4 tingkat?

 

Tetapi di JTC, kedua-duanya dilengkapi lif. Keselesaan peserta anda terjamin.

 

 

 

Lif di JTC 1

 

 

 

Lif di JTC 2

 

 

Dengan adanya kemudahan lif mudahlah peserta anda untuk turun dan naik. Dan anda juga mudah untuk mengangkut barang-barang keperluan training anda seperti nota, cenderamata anda ke sini.

 

Bagaimana pula jika peserta anda Orang Kurang Upaya (OKU)? Sudah tentu masalah bagi mereka untuk datang. Tapi di JTC, OKU pun boleh ke datang ke sini tanpa sebarang masalah. Jadi, tarikan kepada penyertaan kursus lebih menarik lagi di sini.

 

 


Kursus-Kursus Yang Anda Boleh Jalankan Di Sini...

 

Anda boleh mengadakan sebarang jenis kursus / training di sini (selagi kursus yang tidak menyalahi undang-undang lah yer! :-)).

  • Seminar

  • Training

  • Kursus Berkomputer

  • Kursus Tak Berkomputer

Kursus di sini boleh disertakan dengan makan & minum. Kekerapannya adalah 3 kali makan sehari. Iaitu:

  1. Minum pagi (dalam jam 10:30am)

  2. Makan tengahari (dalam jam 1:00pm)

  3. Minum petang (dalam jam 4:30pm)
     

Kalau nak tambah berapa kali makan pun boleh... tapi tentu ada kos tambahannya. :-)

 

Waktu makan adalah bebas mengikut keperluan training anda. Anda boleh mengubahnya mengikut kesesuaian semasa kursus.

 

Makanan yang kami tempah adalah halal dan dimasak oleh orang Islam. Ia adalah masakan Melayu (bukan selainnya).

 

Dan rasanya juga sedap (ini komen pelanggan-pelanggan yang telah menggunakan JTC).

 

Penginapan peserta juga boleh diuruskan (anda boleh memilih hotel-hotel yang kami boleh cadangkan). Hotelnya berdekatan cuma 100m boleh jalan kaki sahaja dari JTC. Jadi anda tidak perlu bersusah payah mencarinya lagi. Kami ada beberapa hotel cadangan yang selesa dan pilihan terbaik untuk penginapan anda dan peserta kursus (jika diperlukan).

 

Anda boleh melihat cadangan hotel-hotel di ruangan pilihan JTC 1 dan JTC 2 pada pautan JTC 1 dan JTC 2 di bawah laman web ini nanti.

 

Untuk kursus yang memerlukan meja dan kerusi, ruang bilik latihan boleh disusun atur mengikut keperluan semasa kursus.

 

Ruang kaki dan jarak kedudukan kerusi peserta adalah selesa. Tidak terlalu rapat hingga peserta merasa letih. Maklumlah... mereka duduk beberapa jam semasa kursus.

 

Kerusi yang berspan (bukan kerusi kayu atau plastik) membuatkan peserta duduk dengan selesa walaupun untuk tempoh beberapa jam.

 

 

Kursus Berkomputer

 

Jika anda memerlukan penggunaan komputer, komputer riba atau notebook akan disediakan.

 

Kelebihan mengunakan notebook ialah ia tidak menggangu pandangan peserta semasa melihat presentation anda di hadapan berbanding menggunakan komputer meja (desktop) yang menghalang pandangan dengan monitor.

 

Dengan menggunakan notebook, ruang untuk peserta jadi lebih luas dan selesa. Juga tiada gangguan pada ruangan kaki di bawah meja seperti CPU (Central Processing Unit bagi sesebuah desktop) dan kabel yang berselirat berbanding jika menggunakan desktop.

 

 

 

Gambar sebenar notebook JTC. Bersih dan diselenggara baik.
Komputer berjenama Dell dan Acer.

 

 

Keadaan semua notebook adalah seperti baru, dijaga dan diselenggara dengan baik.

 

Kesemuanya disediakan dengan kemudahan mouse. Oleh itu penggunaannya sama sahaja seperti komputer meja desktop (jika anda tak pernah menggunakan notebook). Penggunaan mouse akan melancar dan memudahkan peserta menggunakan komputer.

 

Lebih penting lagi prestasi komputer mestilah tip-top. Notebook yang telah digunakan sebelumnya akan direstore semula supaya keadaan komputer adalah 'segar' dan clean seperti asal. Ini bagi menjamin prestasi yang terbaik dan kursus dapat dijalankan dengan lancar tanpa gangguan.

 

Sedarkah anda? ...

 

Gangguan terhadap prestasi komputer memang akan menjejaskan kelancaran kursus yang anda jalankan. Bayangkan jika anda terpaksa berhenti beberapa lama kerana komputer peserta menghadapi masalah.

 

Pengalaman saya, ada sesetengah training center menyediakan komputer yang telah lama spesifikasinya, keadaan yang lusuh, keyboardnya comot dan sebagainya sehinggakan saya sendiri geli untuk memegangnya.

 

Tambahan pula keadaan komputer tidak diselenggara. Perisian tidak dikemaskini (update) , banyak pop-up window yang keluar, ada perisian tidak dapat dibuka dan bermacam-macam masalah lagi. Paling kronik ialah apabila komputer terlalu perlahan! Macam mana nak buat kursus cam tu?

 

Namun di JTC, perkara ini tidak akan berlaku. Kami akan sentiasa memantau prestasi notebook sebelum ianya digunakan. Kami ada kakitangan khas yang bertanggungjawab memastikan komputer berfungsi dengan baik sebelum hari kursus. Prestasi komputer akan dipastikan selesa untuk digunakan.

 

 

 

Spesifikasi Notebook JTC

  • Jenama

    - Dell dan Acer

  • Operating System (OS)

    - Windows 7 dan Windows 8

  • Processor

    - Intel Core i5

    - Intel Core i3

    - Intel® Celeron® Mobile Processor 540

  • Hard Disk

    - 80 - 500 GB HD

    - Partition C:/OS, D:/Data

  • Memory

    - 2 - 4.0 GB RAM

  • Monitor Display

    - 14.1" WXGA high-brightness
    - Video camera.
  • DVD / CD ROM
    - 8X DVD-Super Multi double-layer drive
  • Capaian Internet / Rangkaian (Network)
    - Wireless (WiFi) sepenuhnya.
  • Semua menggunakan mouse.

    - Mudah digunakan sama seperti desktop.

  • Setiap komputer dilindungi Anti Virus dan update terkini.

 

 

Peralatan tambahan seperti extension power juga disediakan. Ia percuma sahaja. Tak kiralah samada anda ingin menggunakan komputer anda sendiri di sini.

 

Pengalaman saya, sesetengah hotel atau training center akan mengenakan caj berasingan jika anda ingin menggunakan extension power atau anda terpaksa membawanya sendiri.

 

Power point untuk komputer terletak di bahagian dinding. Bukan di lantai yang boleh mengganggu laluan anda. Kedudukan power point dalam keadaan teratur dan kemas yang tidak akan menganggu anda dan peserta daripada tersepak, tersangkut atau sebagainya.

 

 

Internet Percuma Sepenuhnya!

 

 

Talian Internet juga disediakan secara 100% percuma dan secara wireless.

 

Kesemua ruang di dalam JTC adalah WiFi Zone. Jadi anda dan peserta boleh akses Internet dimana-mana ruang di JTC.

 

Ianya pantas dan selesa menggunakan capaian UniFi 5Mbps di JTC 1 dan JTC 2.

 

 

Saya memilih perkhidmatan TM broadband kerana dari pengalaman saya yang telah menggunakannya selama beberapa tahun, ia stabil dan beroperasi dengan baik setiap masa. Uptime-nya boleh dipercayai sehingga 99.9%.

 

Jika anda ada notebook yang ada WiFi maka anda boleh bawa notebook ke sini dan mencubanya. Anda boleh memasukkan password wireless yang diberi nanti untuk anda mengakses Internet di sini.

 

Ya... saya berikan PERCUMA dan tidak banyak soal-jawab. Kemudahan percuma seperti ini tiada di hotel-hotel berbintang (anda akan dicaj mengikut jam ataupun pengguna - mahal harganya). Sesetengah training center pula ada yang mengenakan caj untuk penggunaan Internet. Tapi di JTC ianya 100% percuma.

 


 

Internet di JTC... Stabil!

 

Kebanyakan hotel di Semenanjung masih mengenakan caj tambahan untuk penggunaan Internet. (Kecuali hotel-hotel di Sabah & Sarawak kebanyakannya percuma!).

 

Cajnya pula bergantung kepada berapa star hotel tersebut. Semakin tinggi starnya, semakin mahallah cajnya. Namun bagaimana pula prestasinya?

 

Ini cerita pengalaman beberapa orang rakan saya. Mereka memberitahu, mereka selalu gunakan hotel berbintang untuk kursus mereka (sebelum menjumpai JTC). Tapi servis Internet kadangkala tidak stabil. Kejap boleh.. kejap tak boleh... Bayar dah lah mahal. Itulah masalahnya!

 

Saya katakan kepada sahabat saya, memanglah kebanyakan hotel tidak ambil kisah sangat tentang capaian Internet (senang cakap - asal ada ajer) kerana mereka lebih memfokuskan kepada servis lain yang lebih menguntungkan seperti caj bilik, makanan dan lain-lain.

 

Sedangkan perkara kecil ini sepatutnya diambil perhatian kerana ia melibatkan kelancaran sesuatu kursus dan tambahan pula servis ini berbayar.

 

Ada juga sesetengah training center tidak memiliki kemudahan wireless. Jika ingin menggunakan Internet, anda perlu menggunakan kabel network yang perlu disambungkan kepada komputer.

 

Maka berseliratlah kabel network tersebut di antara komputer dan ini bukan sahaja mengganggu pergerakan, malah membahayakan kerana kabel boleh tersangkut pada kaki tanpa disedari.

 

Namun di JTC, capaian Internet di sini semuanya menggunakan wireless. Kami sentiasa menguji dan menilai talian Internet sebelum bermulanya kursus yang dijalankan. Dan biasanya talian Internet di sini tiada masalah. Prestasinya memang memuaskan untuk kursus.

 

Buktinya, telah banyak kursus yang menggunakan Internet diadakan di JTC. Saya sendiri menggunakan Internet untuk kursus bengkel praktikal perniagaan Internet dan beberapa bengkel praktikal lain. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

 

 

Susunan Classroom Dan Berkomputer.

Muat 30 Orang di JTC 1 dan JTC2. Ideal Dan Selasa.

Memudahkan Pergerakan Anda & Peserta

Keluar - Masuk Untuk Tunjuk Ajar.

 

 

 

 

JTC 1 - memuatkan 30 orang peserta untuk kursus berkomputer dengan

keadaan selesa. Boleh tambah lagi extra seat 2 orang kalau perlu!

 

 

 

JTC 2 - memuatkan 30 orang peserta untuk kursus berkomputer
dengan keadaan selesa. Boleh tambah lagi extra seat 2 orang kalau perlu!

 

 

Keselesaan para peserta adalah keutamaan kami. Ia perkara sangat penting yang perlu anda ambil perhatian. Terutamanya apabila melibatkan kursus secara praktikal yang memerlukan anda datang ke meja peserta untuk memberikan bimbingan praktikal.

 

Di JTC ruang bilik training telah direka dengan saiz dan susun atur yang sesuai untuk memudahkan anda keluar masuk di antara meja peserta. Dengan cara ini gangguan kepada peserta lain dapat diminimakan atau dielakkan.

 

Ada sesetengah training center, susunan meja yang agak sempit. Anda perlu meminta peserta lain keluar terlebih dahulu untuk anda masuk ke peserta di sebelahnya kerana jarak antara meja yang sempit.

 

Tetapi di sini susun aturnya luas dan selesa dan anda boleh saja mencelah di antara peserta lain. Ini dapat mengelakkan gangguan kepada peserta yang sedang melakukan praktikal mereka.

 

 

 

Susunan Bilik Seminar (Tidak Berkomputer)

 

Anda juga boleh mengadakan Seminar atau kursus yang tidak memerlukan komputer. Ruang yang sama boleh diubahsuai samada memerlukan meja atau tidak.

 

Sekiranya kerusi sahaja (tanpa meja) ianya boleh memuatkan sehingga 40-50 orang peserta dalam satu masa.

 

Seminar yang memerlukan meja boleh memuatkan 30 orang untuk JTC 1 dan JTC 2.


 

 

Bilik Seminar (bermeja) di JTC 1 boleh memuatkan 30 orang dalam keadaan selesa.

Jika tiada meja (kerusi sahaja) boleh memuatkan sehingga 40-50 orang.

 

 

 

 

Bilik Seminar (bermeja) di JTC 2 boleh memuatkan 30 orang dalam keadaan selesa.

Jika tiada meja (kerusi sahaja) boleh memuatkan sehingga 40-50 orang.

 

 

Alat Bantuan Mengajar LCD Projector & Skrin, Whiteboard, Flip Chart Juga Disediakan Percuma!

Tiada Caj Tambahan!

 

 

 

Alat bantuan mengajar JTC 1

(projektor siling, skrin, white board, flip chart)

 

 

 

Alat bantuan mengajar JTC 2

(projektor siling, skrin, white board, flip chart)

 

 

Alat bantuan mengajar yang disediakan seperti magnetic whiteboard, LCD projector & screen, flip-chart board juga disediakan secara percuma. Tiada caj tambahan dikenakan.

 

Bilik latihan berhawa dingin sepenuhnya menggunakan sistem penghawa dingin jenis ceiling cassete 2.0hp setiap satunya. Pemilihan penghawa dingin jenis ini sangat sesuai kerana dapat memberikan kedinginan yang cepat dan berterusan walaupun bilik training penuh.

 

Anda juga boleh mengawal sendiri tahap suhu bilik kerana alat kawalan penghawa dingin disediakan di bilik latihan.

 

Pencahayaan di dalam bilik training juga sangat penting. Terdapat 2 jenis lampu yang anda boleh pilih. Samada anda sukakan kepada keadaan lampu putih atau lampu sedikit kekuningan.

 

Namun kedua-dua pencahayaan adalah cukup terang dan sesuai untuk latihan. Tidak silau atau suram. Anda juga boleh menghidup atau mematikan mana-mana baris lampu bagi mengawal pencahayaan mengikut kesesuaian anda. Suis lampu juga ada di dalam bilik training.

 

Peserta anda akan mendapatkan pandangan terbaik dengan susun atur kedudukan meja dan alat bantuan mengajar. Anda boleh mengalih mana-mana kedudukan alat bantuan mengajar mengikut keselesaan anda kerana semua alatan tersebut mudah-alih (kecuali skrin projektor).

 

Anda dapat memastikan semua peserta dalam perhatian anda kerana mudah untuk melihat mereka. Ini boleh membantu anda menyampaikan kursus anda dengan lebih berkesan lagi.


Kafe / Tempat Makan

 

 

Kafe di JTC 1

 

 

 

Kafe di JTC 2

 

 

 

Hidangan menyelerakan di JTC. Memang sedap... InsyaAllah.

 

 

JTC menyediakan ruang makan di tempat yang sama. Dengan adanya ruang makan berhadapan dengan bilik Seminar, maka lebih mudah untuk peserta anda berehat. Anda tidak perlu membuang masa mencari tempat makan di luar.

 

Kafe dilengkapi set meja makan yang boleh memuatkan 4-5 orang satu meja. Ruang makan berhawa dingin.

 

Konsep santai dan relaks semasa menjamu selera akan membuatkan peserta anda kembali kepada mood terbaik selepas selesai menjamu selera.

 

Makanannya adalah halal. Disediakan oleh katering atau restoran terpilih dan dimasak oleh orang Melayu sahaja.

 

 

Surau Lelaki & Wanita

 

Bagi kemudahan untuk menunaikan solat, disediakan bilik sembahyang berasingan untuk lelaki dan wanita. Disebelah bilik sembahyang ada tempat mengambil wuduk. Anda boleh berwuduk dengan selesa di sini. Suci dan diyakini kesuciannya.

 

Tak perlulah anda terpaksa berwuduk di dalam tandas yang boleh meragukan kesuciannya. Selipar untuk berwuduk juga disediakan.

 

 

Surau wanita berasingan dengan lelaki.

 

 

 

Kebersihan surau sentiasa dijaga.

Kemudahan telekung dan sajadah solat juga disediakan.

 

 

 

Surau lelaki berasingan.

 

 

Kebersihan bilik sembahyang sentiasa dijaga. Tiadalah sejadah berbau hapak, karpet berbau dan sebagainya. Untuk muslimat, kain telekung juga disediakan. Bersih dan selesa. Dalam Islam, kebersihan itu sebahagian daripada Iman.

 

Tandas Lelaki & Wanita Berasingan

 

Tandas lelaki dan wanita berasingan di JTC 1 dan JTC 2

 

 

 

Tandas dijaga dengan bersih.

 

 

Ini bahagian paling penting. Ramai orang yang mengabaikan bahagian ini tetapi bagi saya ia sangat perlu dijaga.

 

Terdapat dua tandas berasingan untuk lelaki dan wanita. Paip tandas (salur getah) disediakan untuk anda mudah bersuci.

 

Tidak seperti kebanyakan hotel berbintang, masalah apabila anda ingin berhajat kerana tiada kemudahan paip tandas (kerana nak menjaga status berbintang).

 

Kadangkala tidak menjumpai dimana paip air untuk bersuci. Rupa-rupanya hanya menggunakan pancutan sahaja. Akhirnya anda tak jadi untuk berhajat kerana sukar untuk bersuci. Jadi tentulah keselesaan anda dan peserta terbantut! Perut memulas-mulas.. aduhhhh!

 

Namun, tandas yang ada di sini sama seperti di rumah anda juga. Mudah digunakan. Kebersihan dan keadaan tandas pula sentiasa dijaga dari masa ke semasa.


Lagi...
Apa Kata Pelanggan-Pelanggan JTC?

 

 

"Tiada cadangan, dah terbaik!

 

Kemudahan yang terbaik bagi saya. Semua kerja menjadi mudah, pantas dan memuaskan.

 

Saya ingin membuat bengkel lagi di sini pada masa akan datang."

 

Jamal

Pakar Ebook

www.BlogJamal.com

 

 

 

 

Salam kepada bakal pengguna pusat training JTC,

Mungkin ramai yang bertanya mengapa nak pilih JTC padahal ada banyak lagi pusat training yang lain, malahan hotel pun banyak memberikan tawaran yang best.

 

Namun jawapan saya mudah sahaja, untuk seminar atau bengkel yang mempunyai peserta bawah 30 orang saya pasti JTC memang yang terbaik kerana kemudahan yang lengkap, makanan yang sedap dan memenuhi citarasa peserta dan speaker, ruang menunggu yang selesa, toilet dan ruang solat yang bersih dan selesa.

 

Paling best Internet connection yang power dan kelengkapan bengkel yang lengkap dan berfungsi dengan baik.

Malahan JTC juga menerima tempahan atau bengkel pada skala peserta yang kecil.

 

Kesemua peserta saya tersenyum bila ditanya pendapat mereka tentang pusat latihan. Berpuas hati dan selesa, apa lagi yang kita mau?

 

Lagi satu, bantulah perniagaan orang kita. Tak rugipun, membantu membangunkan perniagaan sesama Islam. Dapat gula-gula free huh..habis satu balang untuk peserta bengkel.

Terima kasih kepada Abang Zaki dan Kak Faridah kerana menyediakan pusat latihan yang lengkap, selesa dan harga yang memang berpatutan.

 

Insya-Allah ada rezeki jumpa lagi di bengkel yang akan datang.

Ikhlas,

 

 

Catzer

Blogger
www.BengkelWordpress.com

 

 

 

 

"Tempat kursus yang benar-benar selesa. Kami dan pelajar berpuashati dengan layanan & makanan (kalau nak belajar di sini pastikan perut kosong).

 

Makanan memang sedap. Bilik seminar yang selesa dan tenang. Kami amat berpuashati dengan tempat seminar ini. Berbaloi dengan apa yang kami bayar. Semuanya ada di sini."

 

 

Mohd Fazli Hj. Mat Zain (019-393 9797)

Bengkel Dandanan & Sanggul

 

 

 

 

 

"Segala- galanya yang dinyatakan oleh En. Zaki benar belaka. Saya amat berterima kasih kepada En. Zaki yang menyediakan tempat sebegini.

 

Pengalaman ngeri malapetaka saya di tempat lain membuktikan segala- galanya. Mungkin En. Zaki tidak berapa ingat, saya telah menggunakan khidmat JTC sebanyak 9 kali sudah.

 

More to comes. Thank you very much En. Zaki!"

 

Aridz Ridzuan

Internet Marketer

www.KursusEbiz.com

 

 

 

Lihat Jadual Tempahan

Sila buat tempahan awal jika anda bercadang menggunakan perkhidmatan JTC. Biasanya jadual JTC akan penuh kerana akan ditempah awal oleh pelanggan.

Silalah semak jadual di bawah untuk melihat tarikh-tarikh kosong untuk anda tempah.


Tempahan JTC 1
(Ruang berwarna merah @ paparan masa adalah tarikh yang telah ditempah)

 

 

 

Tempahan JTC 2

 

 

 

 

Pilih Yang Mana Satu?

JTC 1 atau JTC 2?

 

Sebelum anda memilih samada ingin menggunakan JTC 1 atau JTC 2, anda boleh membuat penilaian setiap kemudahan yang disediakan oleh JTC 1 dan JTC 2  mengikut keperluan anda.

Sila klik link di bawah untuk melihat kemudahan yang ditawarkan seperti kemudahan hotel & penginapan, pengangkutan awam, bilik latihan dan sebagainya:

 

 

 

 

 

Berminat Untuk Tempahan?

Klik di bawah sekarang untuk mendapatkan

kadar harga promosi JTC!

 

[Klik Di Sini > Jika terlupa Sebutharga]

Sekiranya anda pernah mendapatkan sebutharga sebelum ini...

 

 

Yang benar,

 

 

 

019-2626 101

Pengarah Urusan
www.Facebook.com/zakiyusof

www.Facebook.com/jomtraining

 

 

P.S: Pemilihan lokasi yang strategik dan training center yang selesa & profesional amat penting supaya kursus anda mendapat sambutan. Bukan itu sahaja malah anda bebas dari memikirkan risiko banjir kilat. Untuk itu silalah mempertimbangkan mana-mana JTC 1 @ JTC 2 untuk training anda. Dapatkan sebutharga di sini.  

 

P.P.S: Mengapa perlu membayar sewa yang tinggi di tempat lain sedangkan servis JTC adalah setanding di hotel-hotel? Anda boleh jimatkan kos sewaan yang tinggi dan gandakan keuntungan seminar @ training anda di JTC. Namun harga promosi ini boleh berubah bila-bila masa sahaja. Cepat! Tempah JTC sekarang!

 

P.P.P.S: Cepat... booking tarikh kursus anda sekarang kerana mungkin tarikh anda akan ditempah orang lain. Jangan berlengah lagi.... Tempah sekarang!