Anda Memilih JTC 1 di Bandar Tasik Selatan, KL.

"Jaringan Pengangkutan Awam Mudah. 15 Minit Jalan Kaki Dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS). 100m Hotel Penginapan. Sangat Mudah Dicari, Tiada Risiko Banjir Kilat dan Kesesakan Ibukota Macam KL!"

 

 

 


Dimanakah Lokasi JTC 1?


 

Lokasi JTC 1 senang sahaja untuk dicari. Ia terletak di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia iaitu hanya bersebelahan laluan Lebuhraya Middle Ring Road 2 (MRR2) dan berdekatan (10-15 minit jalan kaki) ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) iaitu terminal baru untuk bas-bas ekspress dari/ke selatan tanah air.

 

Peringatan Penting!


Anda jangan terkeliru di antara
Bandar Tasik Selatan dan Salak Selatan. Ia adalah 2 tempat yang berbeza. JTC 1 adalah di Bandar Tasik Selatan.

 


JTC berada di tingkat 4 bangunan ini...
 

 

 

Wisma DPI-INVERGOLD
Metro Business Center, 34-4,
Jalan Tasik Selatan 3 (dahulunya Jalan 3/146),

Bandar Tasik Selatan,
57000, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

 

 

 

 

Video Panduan ke JTC 1

   

 

 


Google Maps


Klik sini JomTraining Center 1 (JTC 1) untuk skala besar.

 

   

Peta lokasi

 

<< Klik di sini untuk besarkan >>

 

 

Jika anda memandu dari Shah Alam (iaitu mengikut Kesas Highway) atau dari Tol Sg. Besi atau dari arah KL maka anda hendaklah susur keluar (sign board) ke Ampang / Kuantan / Cheras, maka JTC 1 terletak di sebelah kanan anda.

 

Manakala jika anda memandu dari Ampang, Gombak, Cheras atau Kuantan menghala ke Seremban, Sri Petaling / Bukit Jalil maka JTC 1 di sebelah kiri anda.

 

 

 


Apa Pengangkutan Awam Yang Ada?



Untuk sampai ke JTC 1 sangat mudah. Selain memandu terus ke sini, ada berbagai cara anda boleh sampai ke sini. Kemudahan awam juga banyak tersedia. 

 

Jika anda ingin menggunakan pengangkutan awam, anda boleh memilih mana-mana salah satu kemudahan pengangkutan awam yang disediakan di bawah.

 

Stesen hentian yang anda perlu tuju ke sini ialah Stesen Bandar Tasik Selatan (BTS) atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Anda boleh menggunakan:

  1. STAR-LRT (20-25 minit dari stesen Plaza Rakyat di Puduraya) atau dari rangkaian stesen STAR-LRT yang berkaitan.

  2. Komuter (15-20 minit dari KL Sentral) atau dari rangkaian stesen KTM yang berkaitan.

  3. KLIA Transit (10 minit dari KL Sentral, 20 minit dari KLIA) atau dari rangkaian stesen ERL berkaitan.

  4. Bas / Teksi  (20 minit dari KL Sentral - bergantung kepada trafik) - dari stesen terpilih.

(Nota: Perkhidmatan STAR - LRT tiada di KL Sentral. Sebagai alternatif ia boleh didapati di stesen LRT Plaza Rakyat iaitu berhampiran terminal hentian bas Puduraya atau di rangkaian stesen lainnya). 


 

 

STAR-LRT

Jadual & Laluan

 

Komuter (KTM)

Jadual & Laluan

KLIA Transit (ERL)

Jadual & Laluan

 

Bas Rapid KL

Jadual & Laluan

 

Stesen Bandar Tasik Selatan (Stesen BTS) yang sekarang ini berdekatan dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang baru siap dibina.

 


 

Stesen Bandar Tasik Selatan

Pintu masuk / keluar utama Stesen Bandar Tasik Selatan (Stesen BTS), KL.

 

 

Untuk perjalanan pulang anda boleh menggunakan kemudahan yang sama seperti anda datang ke sini dengan menggunakan perkhidmatan:

1- STAR - LRT

2- Komuter - KTM

3- KLIA Transit

4- Bas

5- Teksi

... ke KL Sentral atau destinari stesen-stesen lain yang terpilih. 

 

 

 

Jika Berjalan Kaki ke JTC

 

Laluan Jalan Kaki

 

Setelah sampai di Stesen BTS ini, anda boleh berjalan kaki ke lokasi JTC menggunakan laluan berbumbung.

 

Sila berjalan ke arah sisi kanan anda sebaik sahaja keluar dari Stesen BTS menuju ke laluan pejalan kaki berbumbung sehingga anda menjumpai laluan jejantas berbumbung menyeberangi lebuhraya MRR2.

 

Seterusnya berjalan kaki menuju ke arah Stesen Minyak Shell (stesen minyak Shell boleh dilihat ketika anda berada di atas jejantas berbumbung menyeberangi lebuhraya - sebelah kanan anda). Di hadapan stesen minyak Shell ialah bangunan berwarna biru iaitu bangunan Metro Center (seperti di bawah) dan V-Hotel.

 

Stesen Minyak Shell, Bangunan Biru Metro Center, V-Hotel dan TEKUN NASIONAL adalah landmark yang mudah untuk mencari kawasan ini.

 

Bangunan biru tersebut ialah bangunan untuk parking bertingkat kenderaan. Anda sudah menghampiri JTC. (Di kawasan inilah JTC).

 

 

Jika Memandu Kenderaan. 

 



Parking bertingkat di Metro Center (bangunan biru).
Di hadapan bangunan biru ini adalah V-Hotel.

 

 

Jika anda memandu kenderaan sendiri, parking bertingkat terletak di  bangunan berwarna biru ini yang berhadapan dengan Stesen minyak Shell. Kadar bayaran parking hanya RM4 sekali masuk. Kemudian anda boleh berjalan kaki 5 minit sahaja ke lokasi JTC 1.


Di hadapan bangunan parking Metro Center ini ialah Jalan Tasik Selatan 3 (Dahulunya Jalan 3/146. Peta di dalam Google Map masih menggunakan nama Jalan 3/146).

 

Turuti jalan tersebut sehingga anda menjumpai bangunan Wisma DPI-INVERGOLD. Bangunan WISMA DPI-INVERGOLD akan berada di sebelah kiri anda. Bangunan tersebut adalah seperti di bawah.



Wisma DPI-INVERGOLD

Di sinilah terletaknya JTC 1.

Terus masuk ke ruangan lobi (tiada guard) dan ada lif. Tekan lif ke tingkat 4.

 

lif-jtc1
 

Lif JTC


Sekiranya pada waktu cuti seperti Sabtu, Ahad dan cuti umum, banyak ruang parking kosong di hadapan bangunan-bangunan pejabat. Anda boleh meletakkan kenderaan di lot parking kosong tersebut. Ianya adalah PERCUMA.

Sekiranya ruang parking penuh, anda boleh parking di bangunan biru (banyak parking di sana) dengan bayaran hanya RM4/entry.



Ruang Dalaman JTC 1




 

Ruang tamu / menunggu

 

 


 

Kaunter pendaftaran

 

Sebaik memasuki JTC 1 anda akan menjumpai ruang tamu. Ruang tamu ini serba santai tetapi selesa bagi membuatkan anda dan peserta berasa seronok berada di sini. 

 

Anda boleh menggunakan kaunter pendaftaran ini untuk menyambut kehadiran peserta nanti. Kaunter ini juga boleh digunakan untuk kaunter pendaftaran peserta. 

 

 

 


Bilik Kursus / Seminar / Berkomputer



Anda boleh mengadakan sebarang jenis kursus di sini (selagi kursus yang tidak menyalahi undang-undang lah yer! :-)). Untuk kursus yang memerlukan meja dan kerusi, ruang bilik latihan JTC 1 boleh memuatkan 30 orang peserta dalam satu masa.

 

Susunan meja adalah yang selesa untuk peserta bergerak keluar masuk.

 

 


 

Boleh memuatkan 30 orang dengan keadaan paling selesa.

Jika tiada meja (kerusi sahaja) boleh memutkan 40-50 orang.


 


 

Pandangan ke hadapan dan alat bantuan mengajar.

White board, skrin projektor gantung di siling, flip chart.

 

 


 

Kursus berkomputer. Semua komputer menggunakan notebook.
Memudahkan pandangan peserta.

 

 


 

Keadaan notebook sebenar yang bersih dan diselenggara baik.
Jenama Dell dan Acer.

 

 

 

 
 

Susunan jenis classroom bilik training JTC 1.
Memuatkan 30 orang (bermeja dan kerusi).

 

 

 


Kafe / Tempat Makan


Tempat makan adalah di dalam JTC juga. Ini memudahkan masa kursus anda daripada mencari tempat makan di luar. Jimatlah masa anda.

 

 


 

Meja makan.



 

Tempat hidangan makanan secara buffet. 3 kali makan sehari.

 

 

 


Surau / Bilik Solat Lelaki & Wanita


Surau wanita dan lelaki adalah berasingan. Tempat wuduk dan selipar wuduk juga disediakan.



Surau Wanita


Tempat wuduk.


Surau Lelaki


 

 


Tandas Lelaki & Wanita


Tandas lelaki dan wanita berasingan. Keadaan tandas dijaga dengan bersih. Kemudahan bersuci adalah mengikut kaedah syarak. Paip air dan salur getah memudahkan anda bersuci. Kebanyakan hotel berbintang menyusahkan anda untuk menggunakan tandas kerana tiada kemudahan bersuci yang selesa. Bahkan paip air pun tiada!


 

 

 

 


Foto Sebenar Album & Kursus JTC 1


Telah banyak kursus-kursus diadakan di JTC 1 sejak ianya beroperasi. Untuk melihat foto sebenar kursus-kursus yang telah dijalankan di JTC 1 dan ruang dalamannya, sila klik di bawah.

 

Bengkel E-Bay + Dropship    |   Seminar Website AlFatih  |   Kursus 1Nita.my  |  Kursus Sistem MQA

 

banyak lagi... boleh dilihat di dalam album facebook kami di atas...

 

    << Ruang Dalaman JTC 1 >>

 

 

 


Hotel / Penginapan


 

Sekiranya anda memerlukan tempat penginapan, terdapat beberapa buah hotel berdekatan yang boleh dicadangkan untuk pilihan anda. Bergantung kepada bajet dan keselesaan anda.

 

Kesemua hotel / penginapan di bawah ini adalah berdekatan sahaja, malah ada yang berjalan kaki hanya 100m atau kurang 10-15 minit jaraknya (jika memandu / teksi) ke JTC 1.

 

 

Pilihan #1- Disyorkan: V Hotel

100m dari JTC 1.
Jalan kaki sahaja!
 

No. 3 Jalan 8/146, Metro Centre,
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9057 6855  Faks: 03-9057 6860
www.vhotel.com.my

 

 


Pilihan #2 - Disyorkan:
Pusat Belia Antarabangsa (IYC)


Perlu memandu (10 min)

 

Pusat Belia Antarabangsa

(International Youth Centre)

Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.
Tel: 03-9171 9204/05  Faks: 03-9172 6682
www.iyckul.org.my

 

 



Pilihan #3 - Pilihan:
Hotel Sri Petaling (3***)


Perlu memandu (10 min)

 

Hotel Sri Petaling
30, Jalan Radin Anum,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9058 2323  Faks: 03-9058 2000
www.hotelsripetaling.com.my

 

 



Pilihan #4 - Disyorkan

Anda boleh menginap di mana-mana hotel sekitar Puduraya, KL (banyak pilihan hotel di sana).

Untuk ke JTC 1 anda boleh ambil tren LRT STAR di Stesen Plaza Rakyat (berdekatan dengan Puduraya, KL) dan naiki tren menuju ke Sri Petaling. Pastikan anda bayar tambang untuk turun di Stesen Bandar Tasik Selatan (BTS) - bukan Sri Petaling.

Tambang ke BTS hanya RM1.70 sehala. Perjalanan tren ke BTS mengambil masa 20 minit sahaja.


Apabila anda turun di Stesen BTS anda boleh berjalan kaki sahaja dengan hanya 15 minit ke JTC 1. (Panduan lokasi seperti penerangan di atas)

 

 


Kelebihan JTC 1


 

 

Lokasi yang mudah dicari. Di sebelah MRR2 sahaja dan berdekatan dengan stesen BTS dan TBS (jarak jalan kaki ke JTC 1)

 

 

Kemudahan awam seperti STAR-LRT, Komuter, KLIA Transit, bas, teksi boleh didapati di KL Sentral atau stesen-stesen lain yang berkenaan untuk ke TBS atau Bandar Tasik Selatan.

 

Boleh berjalan kaki 15-20 minit sahaja dari Stesen Bandar Tasik  Selatan (BTS) @ Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke JTC 1.

 

 

Bagi yang membawa kenderaan sendiri (kereta), terdapat ruang parking bertingkat berdekatan. Ruang parking bertingkat dapat mengelakkan risiko banjir kilat seperti yang selalu berlaku di ibukota KL. Caj parking yang murah iaitu RM4.00 sahaja sekali masuk. Bagi yang membawa motosikal parking ada di lot-lot terbuka di hadapan bangunan. Parking motorsikal percuma!

 

 

Pada hari cuti seperti Sabtu, Ahad atau cuti umum lain, banyak lot parking kereta di hadapan bangunan pejabat yang kosong. Ianya percuma.

 

Ruang dalaman yang selesa, berhawa dingin, kelihatan baru dan bersih. Mood yang terbaik untuk persekitaran sesuatu kursus atau seminar.

 

 

Ruang dalaman tiada gangguan. Tertutup dari pandangan luar. Peserta akan mudah memberi tumpuan.

 

Kemudahan alat bantuan mengajar serba baru seperti LCD projector gantung, whiteboard, flip-chart.

 

 

Kemudahan komputer yang baru dan sentiasa dijaga prestasinya. Menjamin kursus diadakan dengan lancar tanpa ada gangguan teknikal seperti monitor rosak, CPU rosak, mouse rosak dan sebagainya.

 

 

Kemudahan WiFi Internet Broadband UniFI 5MBps secara percuma sepanjang masa.

 

 

Ruang makan di tempat yang sama. Peserta rasa lebih selesa tak perlu mencari tempat makan lain di luar. Ini juga akan memudahkan anda mengawal masa kursus anda setiap kali waktu rehat.

 

 

Tiada risiko banjir. Parking bertingkat ke atas. Kedudukan geografi bangunan-bangunan pejabat adalah tinggi berbanding jalan utama. Tiada risiko banjir kilat walaupun anda meletakkan kenderaan di parking terbuka.

 

 

Harganya murah jika dibandingkan dengan training center atau hotel berbintang lain kerana di sini saya sendiri yang menguruskannya. Saya juga memantaunya setiap masa. Saya jamin anda akan mendapat 100% kepuasan.

 

Makanan HALAL dimasak oleh orang Melayu sahaja. Bukan bangsa lain. Fikirkan makanan di hotel-hotel!

 

 

Dimiliki oleh syarikat perseorangan (bukan perkongsian). Jika anda menghadapi masalah atau tidak berpuashati dengan perkhidmatan ini, terus laporkan kepada saya dan maklumbalas anda akan terus diambil perhatian.

 

 

 

 

 

 Jadual Tempahan JTC 1

 

 

(Ruang berwarna merah @ paparan masa adalah tarikh yang telah ditempah)

 

 


Untuk Tempahan & Sebutharga JTC 1, Sila Klik Di Sini...


 

 

SELAMAT MENCUBA... Sekali Cuba Selalunya Nak Lagi! Cubalah...
 

 

footer