Anda Memilih JTC 2 di 1 Puchong Business Park, Selangor.

 


"Lokasi Mudah DiCari, 100 Meter Jalan Kaki Dari Hotel. WiFi Percuma, Parking Percuma, Banyak Hotel Berdekatan dan Tiada Risiko Banjir Kilat!"

 


Dimanakah Lokasi JTC 2?


 

Lokasi JTC 2 senang sahaja dicari. Ia terletak di 1 Puchong Business Park, Puchong, Malaysia iaitu hanya bersebelahan laluan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).  

 

 

Landmark 1 Puchong Business Park (sebelah kiri anda) yang boleh dilihat

ketika melalui LDP di Bandar Puchong (selepas melepasi IOI Jusco).

 

 

1 Puchong Business Park adalah satu kawasan baru yang dibangunkan mengandungi beberapa lot pejabat. Juga terdapat beberapa buah hotel yang berdekatan (berjalan kaki sahaja) iaitu Hotel Sun Inns, Hotel Best View dan Classical Boutique Hotel.

 


JTC 2

 

 

JTC 2 & Pejabat Urusan

LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.
47-1, Jalan OP 1/2,
1 Puchong Business Park,
47160, Puchong, Selangor. MALAYSIA.

 

 

 


Video Panduan ke JTC 2

 

 

 

Google Maps

 

Klik sini JomTraining Center 2 (JTC 2) untuk skala lebih besar.
 

 

 

Peta lokasi

 

<< Klik di sini untuk besarkan >>

 

 

Jika anda memandu dari KL / Ampang / Gombak / Cheras / Kuantan menggunakan KESAS Highway maka anda hendaklah keluar pada (sign board) ke Puchong. Tapi pastikan anda keluar pada signboard Puchong  yang kedua.  (Ada 2 signage Puchong disepanjang laluan KESAS highway. Satu Puchong lama, dan satu lagi Puchong baru - bandar Puchong).

 

Keluar selepas menjumpai signage Puchong yang kedua (bandar Puchong Jaya).

 

Sekiranya anda keluar ke Puchong yang pertama, anda akan menuju ke Puchong lama dan agak kurang lancar perjalanannya berbanding jika anda gunakan laluan keluar Puchong yang kedua.

 

 


Apa Pengangkutan Awam Yang Ada?



Untuk sampai ke JTC 2 sangat mudah. Selain memandu terus ke sini, ada berbagai cara anda boleh sampai ke sini. Kemudahan awam juga ada tersedia. 

 

Jika anda ingin menggunakan pengangkutan awam, anda boleh memilih mana-mana salah satu kemudahan pengangkutan awam yang disediakan di bawah.

 

Anda boleh menggunakan beberapa pilihan untuk sampai ke sini iaitu:

 

 

 

#1. Bas Awam - Rapid KL.

  • Naik di Stesen Pasar Seni / Bas Stand Kotaraya (Central Market), KL.

  • Nombor bas U60, U69, U70

  • Tambang bas RM3 / sehala.

  • Bas henti-henti.

  • Tempoh perjalanan (lebih kurang 1 jam. bergantung kepada trafik dan kekerapan henti-henti)

  • Turun terus di hadapan JTC. Beritahu driver turunkan berdekatan Hotel Sun Inn / Boutique..

  • Jadual & Laluan
     

 

#2. Bas Ekspres TransNasional, Nice, PlusLiner

  • Dari Selatan: Melaka, Batu Pahat / Muar, JB, Singapura, Endau / Mersing

  • Dari Utara: Lumut, Teluk Intan, Kuala Kangsar, Ipoh, Kulim / Kuah / Baling / Pangkalan Hulu, Butterworth, Penang, Alor Setar, Sungai Petani, Kuala Perlis, Kangar, Padang Besar.

  • Dari Timur: Kota Bharu, Rantau Panjang, Kuala Terengganu, Dungun / Kemaman, Kuantan.

  • Destinasi anda akan turun di belakang TESCO Puchong.

  • Kaunter tiket & stesen menunggu di belakang TESCO Puchong:

    • Tel: 03-58806676

  • Waktu kaunter: 8.00am-10.30pm(setiap hari)

  • Waktu mengambil dan menurunkan penumpang - stesen dibuka 24 jam.

  • Ambil teksi di hadapan TESCO untuk ke JTC2 atau terus ke hotel berhampiran sekitar Puchong. Tambang kurang RM5.
     

 

 

#3. KLIA Transit

  • Dari KLIA / LCCT turun di Stesen ERL Putrajaya. Perjalanan ERL 20 minit dari KLIA.

  • Ambil teksi di ERL Putrajaya. Perjalanan teksi 20 minit dari Putrajaya.

  • Anggaran tambang teksi RM30-RM40 ke Bandar Puchong.

  • Jadual & Laluan

     

     

 

 

#4. Teksi

  • Dari mana-mana ke Puchong. Kadar tambang bergantung kepada jarak dan lokasi anda.

  • Tambang teksi dari KLIA @ LCCT ke Puchong adalah RM65.

 

LRT masih dalam pembinaan dan dijangka beroperasi pada akhir 2014.

 

Selepas sampai di sini anda boleh terus parking di hadapan JTC 2. Parking adalah percuma dan banyak ruang kosong. Terus masuk ke ruangan lobi dan ada lif. Tekan lif ke tingkat 1.


 

Lif di JTC 2. Naik ke tingkat 1.


 

 


Ruang Dalaman JTC 2




 

Ruang menunggu / makan

 


 

Kaunter pendaftaran

 

Sebaik memasuki JTC 2 anda akan menjumpai ruang tamu. Ruang tamu ini serba santai tetapi selesa bagi membuatkan anda dan peserta berasa seronok berada di sini. Anda akan melihat sebuah kaunter penyambut tetamu untuk menyambut peserta yang hadir. 

 

Kaunter ini juga boleh digunakan untuk kaunter pendaftaran peserta. 

 

 


Foto Sebenar Album & Kursus JTC 2


 

JTC 2 telah banyak memberikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan baru dan lama. Untuk melihat foto-foto kursus yang telah diadakan di JTC 2 dan ruang dalaman, sila klik di bawah.

 

 Kursus Grafik Photoshop CS5  |  Kursus PHP & MySQL  |  Bengkel Mudah.my  |  Kursus Joomla!

 

banyak lagi... boleh dilihat di dalam album facebook kami di atas...

 

    << Ruang Dalaman JTC 2 >>  

 

 

 


Bilik Kursus / Seminar / Berkomputer



Anda boleh mengadakan sebarang jenis kursus di sini (selagi kursus yang tidak menyalahi undang-undang lah yer! :-)). Untuk kursus yang memerlukan meja dan kerusi, ruang bilik latihan boleh memuatkan sehingga 30 orang peserta dalam satu masa.

 

Meja ini adalah ditempah khas iaitu sepanjang 7 kaki yang boleh memuatkan 3 orang semeja dalam keadaan selesa. Sekiranya peserta kurang dari jumlah tersebut, maka semeja akan memuatkan 2 orang dan ini akan menambahkan lagi ruang peserta.

 

Susunan meja adalah yang selesa untuk peserta dan fasilitator bergerak keluar masuk.

 

 


 

Bilik training yang tidak menggunakan komputer.

Boleh memuatkan 3 orang untuk 1 meja. Meja 7 kaki (sesuai untuk 3 orang)
memuatkan 30 orang.
Jika kerusi sahaja (tiada meja) boleh memutkan 40-50 orang.

 

 


 

Bilik training dengan susunan komputer notebook untuk kursus

berkomputer boleh memuatkan 30 orang dalam keadaan selesa.
Kemas dan ringkas menggunakan notebook!

 

Capaian Internet pantas dan stabil menggunakan WiFi UNIFI.

 

 


 

Alat bantuan mengajar yang disediakan.

LCD Projector siling, white board dan flip-chart.

 

 

 

Susunan bilik kursus JTC 2 (30 orang bermeja)

 

 


Kafe / Tempat Makan


Tempat makan adalah di dalam JTC 2. Oleh itu ia memudahkan anda mengawal masa kursus  tanpa perlu mencari tempat makan di luar.

 

 


 

Ruang makan

 


 

Meja makan.

 



Hidangan makan secara buffet.  3 kali makan.

InsyaAllah rasanya pun sedap. Dimasak oleh orang Islam.
 

 

 

 


Surau / Bilik Solat Lelaki & Wanita


Surau disediakan di dalam JTC 2. Surau lelaki dan wanita berasingan. Tempat wuduk juga disediakan.



 

Surau lelaki dan wanita.



 

Ruang solat yang bersih dan selesa. Sejadah juga disediakan.

 

 


Tandas Lelaki & Wanita


Tandas lelaki dan wanita berasingan. Keadaan tandas dijaga dengan bersih. Kemudahan bersuci adalah mengikut kaedah syarak. Paip air dan salur getah memudahkan anda bersuci. Kebanyakan hotel berbintang menyusahkan anda untuk menggunakan tandas kerana tiada kemudahan bersuci yang selesa. Bahkan paip air pun tiada!

 

 



 

 

 


Hotel / Penginapan


 

Sekiranya anda memerlukan tempat penginapan, terdapat beberapa buah hotel berdekatan yang boleh dicadangkan untuk menjadi pilihan anda. Bergantung kepada bajet dan keselesaan anda.

 

Kesemua hotel penginapan di bawah ini adalah hotel terpilih dan menjadi pilihan ramai. Kriteria pilihan terbaik yang dicadangkan adalah mengambil kira harga bilik, jarak dari JTC 2 & keselesaan.

 

 

Pilihan #1: Disyorkan.

Jalan kaki 100m sahaja ke JTC 2.

 
Hotel Sun Inns
No.46-G, Jalan OP 1/5,
1 Puchong Business Park,
47160 Puchong. Selangor.
Tel: 03-80765636

www.SunInnsHotel.com.my

  • Dari RM70 / malam.

  • Jalan kaki hanya 150m ke JTC 2.

  • Tepi Lebuhraya LDP.

  • Restoran Mamak D'Noor (Islam) di bawahnya.


Pilihan #2: Disyorkan.

Jalan kaki 100m sahaja ke JTC 2.

Hotel Best View
No. 6, Jalan OP 1/5,
Off Jalan Puchong,
1 Puchong Business Park,
47160 Puchong, Selangor.
Tel: 03-8076 7781 , H/P: 012- 294 7761
www.BestViewHotel.com.my

  • Dari RM68 / malam

  • Tepi Lebuhraya LDP.

  • Restoran Mamak D'Noor (Islam) berdekatan.


Pilihan #3: Disyorkan.

Jalan kaki 100m sahaja ke JTC 2.


Hotel Classical Boutique
No.1-G, Jalan OP 1/1,

1 Puchong Business Park,

47160 Puchong. Selangor.

Tel: 03-8075 0360, H/P: 012-6561 181

  • Dari RM119 / malam.

  • Tepi Lebuhraya LDP.

  • Berdekatan dengan Sun Inns dan Best View Hotel.



Pilihan #4: Memandu / Teksi

 

3 minit ke JTC 2.

Hotel Orkid Inn

No.16, Jalan Kenari 8,

Bandar Puchong Jaya,

47100 Puchong. Selangor.

Tel: 03-8076 8108

  • Dari RM88 / malam.

  • Sekeliling kawasan hotel meriah pada waktu malam.

  • Berdekatan IOI Boulevard.

  • Restoran Melayu berdekatan JM Briyani (di kawasan IOI Boulevard)



Pilihan #4: Memandu / Teksi

3 minit ke JTC 2.


Hotel Sri Sutra

No.10, Jalan Kenari 6,

Bandar Puchong Jaya,

47100 Puchong. Selangor.

Tel: 03-5891 9180 / 9182

www.cwhhotels.com 

  • Dari RM88 / malam.

  • Sekeliling kawasan hotel agak sibuk dan sesak.

  • Restoran Melayu berdekatan JM Briyani (di kawasan IOI Boulevard)


Pilihan #5: Memandu / Teksi

7 minit ke JTC 2.


Hotel Sri Puchong

21-23, Jalan Puteri 2/1,

Bandar Puteri,

47100 Puchong, Selangor.

Tel: 03-8062 3373

www.SriPuchongHotel.com

  • Dari RM88 / malam.

  • Jaraknya lebih kurang 3km dari JTC 2.

  • Berdekatan GIANT Bandar Puteri, Puchong.

 

 


Kelebihan JTC 2


 

 

Lokasi yang mudah dicari. Di bandar Puchong dan sebelah LDP sahaja!

 

Kemudahan awam seperti bas ekspress (dari lokasi / negeri terpilih seperti di atas) terus sampai ke tempat ini.

 

Boleh berjalan kaki sahaja dari hotel penginapan ke JTC.  100m sahaja jika berjalan kaki.

 

 

Bagi yang membawa kenderaan sendiri (kereta), terdapat ruang parking percuma dan banyak pilihan.

 

 

Ruang dalaman yang selesa, berhawa dingin, baru dan bersih. Mood yang terbaik untuk persekitaran sesuatu kursus atau seminar.

 

Banyak pilihan hotel yang terdekat dengan JTC 2. Harganya pula adalah berpatutan (hotel bajet/ekonomi)

 

Ruang dalaman yang tiada gangguan. Tertutup dari pandangan luar. Peserta akan mudah memberi tumpuan.

 

Kemudahan alat bantuan mengajar serba baru seperti LCD projector, whiteboard, flip-chart.

 

 

Kemudahan komputer yang sentiasa dijaga prestasinya. Menjamin kursus diadakan dengan lancar tanpa ada gangguan teknikal seperti monitor rosak, CPU rosak, mouse rosak dan sebagainya.

 

 

Kemudahan WiFi Internet Broadband UniFi 5MBps secara PERCUMA sepanjang masa.

 

 

Ruang makan di tempat yang sama. Peserta rasa lebih selesa tidak perlu mencari tempat makan lain di luar. Ini juga akan memudahkan anda mengawal masa kursus anda setiap kali waktu rehat.

 

 

Tiada risiko banjir kilat di kawasan ini. Kedudukan geografi bangunan-bangunan pejabat adalah tinggi berbanding jalan utama. Tiada risiko banjir kilat walaupun anda meletakkan kenderaan di parking terbuka.

 

 

Harganya murah jika dibandingkan dengan training center atau hotel berbintang lain kerana di sini saya sendiri yang menguruskannya. Saya juga memantaunya setiap masa. Saya jamin anda akan mendapat 100% kepuasan.

 

Makanan HALAL dimasak oleh orang Melayu sahaja. Bukan bangsa lain. Fikirkan makanan di hotel-hotel!

 

 

Dimiliki oleh syarikat perseorangan (bukan perkongsian). Jika anda menghadapi masalah atau tidak berpuashati dengan perkhidmatan ini, terus laporkan kepada saya dan maklumbalas anda akan terus diambil perhatian.

 

 

 

 

 

 

Jadual Tempahan JTC 2

 

 

 

(Ruang berwarna merah @ paparan masa adalah tarikh yang telah ditempah)

 


Untuk Tempahan & Sebutharga JTC 2, Sila Klik Di Sini...


 

 

SELAMAT MENCUBA... Sekali Cuba Selalunya Nak Lagi! Cubalah...

 

 

 
footer